Klik sini

Bayu Impian [Prolog]




PROLOG

        Suasana Sekolah Menengah Kebangsaan Bayu Impian riuh rendah dengan kehadiran pelajar tingkatan 6 yang berkumpul di dalam dewan besar. Ada yang berborak dengan kawan baru, ada yang membaca buku dengan skemanya, ada juga yang lepak seorang diri tidak menghiraukan orang lain dan pelbagai ragam yang boleh ditemui.



“Wei Fiq, kelas belum kena bagi kau dah start baca buku PAM? Kau biar betul bro” ujar Wan sambil mengambil buku Pengajian Am dari tangan Fiq. Fiq membuat muka malas bila melihat sepupunya menggangu sesi pembacaannya. Sudah Cikgu Jefri merangkap kepada guru disiplin yang in-charge dalam orientasi  ni lambat datang, aku nak buat apa lagi. “Kau ni Wan, dari tadi aku tengok kau ke hulu hilir tak pula aku bising. Dalam beg aku ada buku tu, cikgu lambat datang aku baca je lah” balas Fiq sambil merampas balik bukunya.

“Aduh. Nasib aku lah dapat sepupu macam kau ni. Relax la, baru first day kot. Jangan dulu start engine kepala.”  Wan menepuk belakang Fiq dan secara tidak sengaja sikunya terlanggar seseorang menyebabkan beg galas pelajar tersebut terjatuh. Pelajar lelaki itu melihat Wan dengan muka yang tiada perasaan. Senyum tidak, marah pun tidak. Fiq menjeling ke arah Wan sebagai signal untuk dia meminta maaf dengan lelaki tu.

“Eh, sorry bro tak sengaja” Wan mengambil beg itu dan memulangkan kepada tuan punya badan. “Kay” ujar lelaki tu dan mengambil begnya dan lalu beredar ke tempat lain. Wan dan Fiq saling berpandangan. Moody nya macam perempuan kot. Senyum la sikit brader, bukan orang sengaja langgar pun.

Syaz menepuk begnya untuk menghilang kotoran putih akibat jatuh tadi. Dia memang tidak suka stay di kawasan yang ramai orang. Sesak fikiran dibuatnya. Nak cari kawan baru lagilah dia malas.Lebih baik jadi lone ranger kat barisan belakang.  Dia menyandar di dinding sekolah dan mengeluh kuat. Lima saat berlalu Syaz terus menoleh pelajar di sebelahnya dengan muka terkejut.  Pelajar lelaki tu selamba mendengar lagu melalui earphone yang sepatutnya tidak boleh dibawa ke sekolah. Syaz hanya tersengih apabila melihat Komik Kreko di tangan lelaki itu.

Bahunya dipegang dari depan dan muncul pelajar lelaki yang sama tinggi dengannya dan seorang lagi rendah. “Syaz! Kau pun sambung form 6 kat sini rupanya. Lama tak jumpa bro” Kata Apy dengan riang. Asy di belakang hanya diam melihat Apy menegur Syaz. Syaz sudah membuat muka toya. Alamak, budak yang aku jumpa kat taman perumahan  3 tahun lepas. Kalau aku tidak silap budak ni jejaka idaman semua perempuan kat sekolah lamanya. “Eh Apy, tak sangka kita satu sekolah” dia hanya mengiyakan sahaja.

Aidil mendengar lagu You're Gonna Go Far, Kid dari kumpulan The Offspring dengan selamba sambil membaca komik Kreko yang hampir separuh dibacanya. Apalah Cikgu Jefri buat dekat bilik disiplin tu. Sudah lewat 30 minit, takkan cari rambut palsu kot. Dia menutup komik dan memasukkan dalam begnya dengan earphone dan mp3 sekali. Kalau dengar lagu lama-lama habislah mp3nya dirampas cikgu. Music is my life orang kata. Kebetulan menyimpan mp3nya cikgu yang ditunggu-tungu datang dengan tiga orang guru yang lain.

Suasana yang riuh menjadi senyap apabila kelibat Cikgu disiplin yang licin kepalanya datang sambil memegang kertas biru di tangannya. “Baiklah, saya akan panggil nama serta kelas dan pelajar tersebut perlu segera pergi ke arah guru kelas masing-masing”

Muhammad Daiyan Syazwan            (Wan) – Kelas Pra-U 2
Muhammad Nuruddin Asyiq              (Asy)  – kelas Pra-U 1
Muhammad Nadzmi Arsyad Syafiq    (Fiq) – Kelas Pra-U 1
Muhammad Syazwi Lutfan                (Syaz) – Kelas Pra-U 3
Muhammad Nizam Aidil                    (Dil)  – Kelas Pra-U 2
Muhammad Uthman Hanafi              (Apy) – Kelas Pra-U 3
       
        “Huhh. Habislah ketenangan hidupku” Syaz mengeluh sekali lagi bila dengar nama Apy yang secara sah satu kelas dengannya. Ini bermakna kelas dia akan sentiasa bising dengan suara fan-club yang nak jumpa Apy. Apy ni anak orang kaya dan tunggal, tambah lagi muka ala-ala Randy Pangalila, memang ternyata kegilaan pelajar perempuan. “Ya Tuhan, kuatkan semangat aku untuk belajar 1 tahun 6 bulan lagi kat sini” Doa Syaz dengan penuh harapan sambil kakinya melangkah ke arah Cikgu Suhailla

        “Alaa Fiq. Kali ni kita tak sekelas lah” Ujar Wan dengan muka sedih. Fiq hanya geli hati melihat muka sepupunya. “Tiada alasan kau nak tengok buku jawapan aku lagi. Relax la, kelas kita bersebelahan kan. Aku gerak dulu” Fiq bergerak ke arah Cikgu Lee sambil memandang ke arah pelajar yang sepupunya terlanggar sebentar tadi itu mengeluh dengan kuat. Aih, belum apa-apa lagi sudah mengeluh. Ish ish ish.

        “Aku dapat kelas 1 lah. Aku gerak dulu. Nanti rehat kita jumpa Apy” Ujar Asy sambil membuat peace kat Apy. Apy membalas dengan thumbs up dekat Asy. “Okay, kalau aku dapat larilah” balasnya dengan sengihan nakal yang bermakna. Asy hanya menggelengkan kepala, faham dengan sengihan kawannya. Pantang jumpa perempuan!

        “Hidup Pra-u sudah bermula nampaknya.” getus Dil sambil gerak ke arah Cikgu Wawa. Hendak urus kedudukan meja dalam kelas lagi. Lecehlah. Aidil menggaru rambut belakangnya yang tidak gatal sambil tangan kanannya menahan kuapan. Semalam tidak cukup tidur sebab sibuk melihat semua episod Dragon Ball. Sudah tahu esok sekolah dibuat lagi gaya otakunya. Terimalah padahnya.

        6 pelajar lelaki tersebut bergerak ke kelas masing-masing untuk meneruskan kehidupan seharian sebagai pelajar Pra-Universiti.



******

2 comments:

  1. Banyak nya character.. dah boleh nampak perangai sorang2! XD Just agak keliru bila POV tu bertukar.. xpa okay! kipidap!

    ReplyDelete